Tripping Trip.

10:10 pm

Assalamualaikum & Hellooo,

Your trip is tripping? Naah. Seperti yang dinyatakan dalam entry sebelum ni, aku akan sharekan serba sedikit pasal trip aku. Weehooo. Tentang benda-2 yang aku harap aku tahu before going to holidayyyys, tapi aku sure mostly semua orang dah tahu pasal ni, just incase ada someone yang macam aku and yup, suck to be me cause most of the things aku tak tahu and aku harap kat google but nothing really helpful came out mostly out to date (2011, 2014 blahblah). Pfft.  Kay, straight to the topic.


The things, yang kau kena tahu before trip ni are:-

1. Rancang Awal

Rancang awal? Seriously, suruh rancang awal? Everyone know this la. Duhh, aku tau tapi ni apa yang aku harap aku tau before aku pergi. So, macam kitorang its about 3 months before and thats quite earlykan? Tapi, kalau boleh awal lagi and kau boleh tengok-2 mana tau ada discount ke untuk flights or penginapan and biasanya bila laagi awal its much-2 cheaper plus you can also look out for discount tu. But, kalau kau jenis macam kitorang ensure when start je fefeeling nak pergi trip, korang kena terus booked plane semua cause why? cause kalau kau macam kitorang janji akan kekal janji if kau tak ada deposit la kiraa, tapi if kau dah bayar semua ticket, kau rasa kau nak back off lagi ke? Bayar memahal nak burn, rugi okay unless ada emergency tahap MEGA!! tu lain. So yeah, rancang awal tu helps most of the things, everything. Huhhh. Ohh, lagi satu pastikan awakkk pilih tarikh selain cuti sekolah. Kalau idokkk, mahaaaaiiiiii gilaaa nanti.

2. Booked Thingy

Seperti yang aku dah bagitau kat atas, you need to booked everything early. Contoh macam ticket flight tu,bila kau booked early kau boleh cari hari yang dia ada buat promotion, and macam aku, I chose Air Asia "Everybody Can Fly" Kahkah. Basically, memang semua plane ada buat promotion, kau je kena cari hari dia buat promotion tu. Mana nak cari benda ni semua? Just search plane yang kau nak naik tu kat google and tengok dekat dia punya website, okay? So next, aku booked plane sekali dengan penginapan. Senang, tak payah nak fikir benda tu separately. Okay yang ni cara dia, ko just pergi ke AirAsiaGo.com and ko just masukkan mende-2 yang dia mintak, wallahhh pilihlah yang memana hotel yang kau berkenan. Selain tu ko boleh juga guna Expidea.com.my ni. Dari situ korang bolehla buat perbandingan, mana tahu ada promotion ka, boleh dapat version first class + hotel 10 star yang memurah kan. Siapa tahu rezeki korang. Selain tu, dengan booking benda-2 ni awal korang dah boleh surekan mimpi korang nak travel dengan BIYEFYEF korang menjadi satu realiti. Hikss. Unless, ko kaya dan nak sedekah duit korang macam tu je. Boleh jugak.
3. Learn About the Place (BERJELA😙)

Haaaaa, ni yang paling masalah. Aku try investigate pasal Langkawi(Ececeh, investigate sangat) but nothing really came out, semua out to date. So, maybe dalam next entry aku akan cerita pasal benda-2 and information pasal Langkawi pulak k. Okay, yang study pasal places yang kau nak pergi ni, bagi aku amat penting. Pasaipa? Pasalnye, cemana kau nak pergi tempat tu kalau kau tak tau apa yang istimewa kat tempat tu kan. Takkan la awak nak serbu jah, main taram nak pergi memana, satgi kelaut la kau pergi. Antara benda-2 yang kau patut investigate are makanan yang best + tempat-2 makan yang syioook kat situ. Kalau kau nak main terjah je warung kat situ pun boleh je tapi maybe la, maybe je tak sedap ke mahal nak mamp** ke, nasib awak la yerr. Ohh, jangan lupa check sekali tempat trestaurant tu dengan time dia open dengan closed jangan jadi macam kiterang. Sobss.

Then, awak cari pulak aktiviti apa yang best buat kat sana dan terus cari pasal harga-2 dia sekali, nanti boleh la kira-2 berapa banyak budget nak bawak bagi mengelakkan budget awak lari lintang pukang kat sana. K hambar. Tapi, mostly kalau awak ni pandai tawor-menawor better awak jangan beli online benda tu semua. Awak beli je terus masa sampai kat sana, macam island hoping tu contohnya kalau awak beli kat Pantai Cenang (jangan amik yang kutu, bahayoo) awak pergi la booth-2 dia sehari sebelum bagi mengelakkan kemenggelabahan di kemudian hari and mula la aktiviti menanam tebu dibibir(baca: tawar-menawar). Nanti boleh la dapat under RM35(Ini kira harga normal(2017) tanpa basa-basi, if mahal dari ni nasib le). Ni apply gak untuk nak menyewa kereta and benda-2 yang harga dia tak fix(Kalau cable car, tak yah mimpi ye). Hukss.

Next, cari jugak pasal  high and low season tempat korang nak bercuti tu. Satgi, nak pergi laut, laut bergelora(Nangis la sensorang). Dah tu kalau kau nak pergi amik vitamin sea tapi musim hujan. Dah acano pulakkan? Duduk je la dalam bilik tu memanjang. Hahahahahah. K sorry. Ni antara benda penting jugak la kau kena tahu before kau pergi trip tu k.

Kalau kau rajin kau boleh buat itinerary, and dari sini la kau kena surekan hotel kau kat mana. First day nak g mana, tempat nak pergi tu area mana? Lunch, dinner, supper kat mana?(aku tak masukkan breakfast sebab aku tau kau pun susah nak bangun awal tapi please jangan amalkan). Macam Langkawi every night ada night market dekat certain-2 area. Ni pun kau boleh masukkan dalam itinerary tu. Tapiiiii, kalau kau malas macam aku nak rancang time dah sampai sana pun tak pa, sebab biasa kalau kau amik car rental kat airport tu dia akan bagi sekali maps Langkawi sekali siap ada tempat menarik and night market bagai lagi, so rancang je terus masa hari first tu(apply tu Langkawi, tempat lain tak tau).

4. Have Fun

Last but not least, have fun time trip kau. Jangan stress-2. Itu waktunya kau nak release semua bebanan kau. Kahh. For sure, korang tau kan benda ni. K laaa. Pastikan korang tinggalkan semua masalah-2 korang kat pejabat tu ye. Jangan bawak pergi holiday kerja-2 tu bagai. Itu jah aku nak share setakat ni.

Okaylahhh memanjang aku bebel, harap adalah sikit yang membantu.

Salam cinta dan sayang. Kbye  

You Might Also Like

0 comments