Resipi: Murtabak Kulit Popia

5:15 pm

Murtabak Kulit Popiah



Assalamualaikum gaiss,

Hari ni aku nak share pulak pasal resipi Murtabak bapak senang. Hahaha. Tak, maksud aku resipi yang sangat2 mudah nak dibuat. Asal mudah sangat? Sebab macam yang korang baca title tu, murtabak ni guna kulit popia je, so tak payah fikir-2 nak uli doh tu, takut terlembik ke, terkeras ke ter apa-2 je lah. Tapi, kalau guna popiah tak perlu dah  fikir2 pasal doh tu, tebar je atas periuk. Aku buat ni pun sebab aku ada sebungkus kulit popiah yang dah lama terletak dalam fridge tu. Dari terbiar baik guna buat murtabak kan. Okay2, jom aku tunjuk cara membuatnya.

Bahan-bahan

Bahan Doh
Popiah segera (Lulz)

Bahan Inti
Daging / Ayam hancur
Kentang (disagat)
Telur
Bawang(potong dadu)
Garam
Lada hitam
Lada Putih

Cara-Cara

Inti
1. Tumis bawang, kentang and daging tadi, and tambah perisa macam atas tu sikit.
2. Then, campurkan semua bahan yang dah ditumis tadi dengan telur, untuk telur tu letak sampai bahan-bahan lain jadi slimy and full of telur. (Kira telur lagi banyak dari bahan-2 lain)

 Murtabak
1. Letak minyak dalam pan, setakat 1 sudu besar dah cukup.
2. Letak popiah and masukkan inti.
3. Bungkus inti tu dengan kulit popiah sampai terbungkus macam murtabak. Terbalikkan2 sampai dia masak.
4. Annnd done. Tu je.
Murtabak Kulit Popiah

Senangkan, rasa dia sumpah macam murtabak biasa yang kita makan kat pasar tu. Kulit popiah yang aku guna ni dah keras and kering sebab letak dalam fridge kan. Hahahah, aku tak tau asal aku letak dalam tu. Lol. Sebab dia dah kering and keras, so aku letak sikit popiah ni dengan air bagi dia lembab sikit. Dah lembab baru goreng, sebab kalau dia dalam keadaan kering je, bila kena minyak popiah ni jadi keras and susah nak bungkus. Kalau nak lipat2 nanti dia patah.

And daging yang aku guna pun just daging burger, aku cincang-2 and jadi la daging cincang. Hahahahah. Besides, aku tak buat kari ke apa as pencicah, setakat cicah dengan sos je. Cincai gilakan. Takpe untuk family je bukan mak mentua pun. Nanti bole improve lagi. InsyaAllah.

Pape pun ni just cara aku. If nak cara yang lebih awesome and berkualiti boleh checkitout di blog akak ni.

PS: Starting my first job next Tuesday.

Klah bye.

You Might Also Like

0 comments