DIY - Lip scrub.
4:56 pm![]() |
Photo by ian dooley on Unsplash
|
So, hari ni aku terasa agak rajin nak diy sendiri lip scrub. Lagipun aku ada Vaseline yang sangatla banyak yang aku baru perasan kewujudan dia after aku dah beli second Vaseline tu. Nak buang sayang, nak simpan nak buat apa? Pekasam. Hahah.
DIY ni pun dah lama aku tengok dekat video-2 yang orang share kat FB lagipun cara dia, Ya ampun senang gila. Bahan-bahan pun semua dah ada kat rumah tinggal tunggu rajin je tak wujud-2 lagi. Sampailah hari ni tetiba rajin tu tegur aku.
Rajin try to ngorat me.
So, sebab kesian kat dia aku pun layankan je la. Thus, terhasilnya lip scrub jenama KbBhrm. Hahaha. Okay-2, setelah membebel panjang lebar, nah cara-2 nak buat lip scrub ni.
Bahan-bahan
Vaseline
Gula pasir / Gula kastor
Vanilla extract or any extract (optional)
Food colouring (Optional)
Cara-cara
- Vaseline tu kasi cair, separuh cair pun takpe.
- Masukkan gula, and gaul rata. Gula tu lebihkan sikit dari vaseline tadi.
- Masukkan your favourite extract and food colouring tu.
- Wallah, now you have your own lips scrub.
So ni la hasil dia, pinkish-2 sikit.
Untuk gula tadi kalau korang ada sensitive lips boleh guna gula kastor tu sebab dia halus sikit berbanding gula biasa, or kalau takde gula kastor tu pun, korang blender je la gula pasir kat rumah tu. Hahahah. Next, yang extract ni just nak bagi korang punya lip scrub bau best, sebab Vaseline semata kan tak ada bau apa-2. While, food colouring pulak just nak bagi nampak macam lip scrub mahal gitu. Hahaha
Okay, part cairkan Vaseline tu korang boleh try cara double boiler or kalau malas, macam aku boleh je letak Vaseline tadi atas sudu and panaskan sudu tu atas dapur. Or, lagi dahsyat boleh je campurkan Vaseline tu macam tu je. Hahahahah.
Untuk gula, if korang rasa macam blank nak masukkan berapa banyak boleh try guna 1:2, 1 untuk 1 sudu Vaseline, 2 untuk 2 sudu gula. Lebih kurang macam tu la, yang pastinya bila korang try guna, nanti korang rasa macam gula lagi banyak dari Vaseline tu.
Dan last sekali, yang extract tu aku pakai banana punya (yang untuk buat kuih tu), while food colouring aku pakai sirap je. Dua benda terakhir ni pastikan letak sikit je, cukup sekadar nak bagi bau and colour sikit. Kalau banyak sangat nanti bau dia jadi lain and color tu pun akan buat dia rasa pahit instead manis gula (Okay, ni sebenarnya based on nak buat air and kuih je sebenarnya).
Lagi satu, Vaseline ni memang jenis tak best tekstur dia, so appliances yang nak guna untuk buat lip scrub ni better use mangkuk or sudu ke chopstick ke yang tak guna untuk makan, if takde boleh je guna yang untuk makan tu (macam aku) tapi pastikan basuh bersih-2 ye before guna letak makanan and trust me susah gila nak bersihkan tu.
So, as usual if korang rasa was-2 dengan cara aku boleh check cara adik ni, or kalau tak ada vaseline boleh try other ingredient dekat miss ni and last sekali, dekat website ni pula korang boleh jumpa lagi banyak cara nak buat lip scrub and lagi banyak jenis yang best.
Ps: Kalau bibir tengah luka, serious jangan nak guna benda ni, its gonna be hurt as *ell. Oh, and please if ada any irritation lepas pakai ni, please stop immediately k.
Happy DIY-ing, kbye.







0 comments